Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

January 9, 2018 | Author: Anonymous | Category: Seni & Humaniora, Communications, Iklan
Share Embed Donate


Short Description

Download Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!...

Description

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi! Panduan menulis tajuk iklan Facebook Ads

Amaran • Ebook ini adalah hak cipta terpelihara Lubuk e-Book. • Anda dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana dari ebook ini, mengubah, menjual, mengedar atau sebagainya dengan takrifan menyalahi etika penerbitan. • Sebarang perbuatan yang menyalahi peraturan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Penafian E-book ini ditulis bertujuan untuk memberi maklumat tentang topik yang diperkatakan dan dinyatakan sebagai pendedahan kepada mereka yang ingin mempelajari buat duit di fb ads. E-book ini telah disiapkan dengan sebaik mungkin bagi memberi kepuasan yang memuaskan kepada pembaca dan pengguna agar ia dapat membantu mereka yang ingin mengetahui tentang selok-belok perniagaan internet. Namun begitu, e-book ini mungkin ada kesilapan dari segi taipan dan isi kandungan. E-book ini juga boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan tetapi ianya bukan sumber utama di dalam menyelesaikan masalah untuk melakukan pemasaran di internet. E-book ini bukan jaminan sepenuhnya bahawa e-book ianya merupakan ebook paling lengkap dan saya tidak bertanggungjawab di atas kerosakan, kehilangan, sama ada secara langsung ataupun tidak dan juga saya tidak bertangungjawab di atas sebarang kesilapan dan pengecualian.

Disediakan oleh: Hafiz Osman

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Tajuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kempen pengiklanan facebook kerana perkara pertama yang akan di baca oleh pengguna facebook adalah tajuk iklan. Biasanya ramai pengguna facebook ads akan memilih tajuk yang boleh menarik perhatian orang untuk klik iklan mereka. Cara mereka betul kerana itulah konsep utama menulis tajuk iklan facebook ads yang baik.

Namun, apabila di review kembali ramai pengguna facebook ads memilih tajuk iklan yang menarik perhatian mereka untuk klik dan tidak pada pengguna facebook. Teknik ini adalah silap kerana mereka fokus pada diri sendiri, bukannya pada pengguna facebook. Kempen pengiklanan mereka pasti tidak akan beri keputusan yang memberangsangkan.

Untuk pastikan tajuk iklan anda menarik pada pengguna facebook, anda perlu pilih tajuk iklan yang ingin di baca pengguna facebook. Maksudnya tajuk iklan facebook ads anda perlulah sesuatu yang ada kaitan dengan pengguna facebook atau lebih tepat sesuatu yang seronok untuk di baca pengguna facebook.

Biasanya pengguna facebook akan skip bahagian iklan di tepi dan terus bermain facebook. Namun, apabila mereka terlihat ayat yang menarik di bahagian iklan, mereka pasti akan terdetik untuk tahu lebih lanjut.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Berikut adalah beberapa tip untuk menulis tajuk iklan yang boleh menarik perhatian pengguna facebook untuk klik iklan anda

 Kaitkan isu hangat atau isu semasa dengan tajuk iklan seperti isu PTPTN, penemuan terbaru dan sebagainya.  Gunakan perkataan yang boleh membuatkan seseorang teruja seperti Terbaru ! , Terbaik !, Terbongkar rahsia! dan sebagainya.  Gunakan ayat yang bercorak straight to the point. Contohnya, ‘Terknik Jutawan’, Fotografi Murah dan Pizza Buat Sendiri.  Gunakan tajuk iklan yang selari dengan gambar yang anda upload. Biasanya mata pengguna facebook akan nampak gambar dan tajuk anda serentak. Jika tajuk dan gambar tidak selari, mereka akan hilang mood untuk klik iklan anda.

Jika anda lihat data klik anda agak kurang selepas beberapa hari, anda perlu ubah tajuk anda dan fikirkan ayat yang lain. Apabila anda peroleh klik yang konsisten, barulah anda kekalkan tajuk tersebut.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Teknik Menulis Badan (Ads Body) Iklan FB Ads Yang Berkualiti Tinggi Untuk bersosial melalui facebook, anda perlu menulis kepada satu sama lain. Secara tidak langsung, setiap pengguna facebook akan membaca apa yang tertera di paparan facebook mereka. Biasanya pengguna facebook akan membaca secara scanning iaitu membaca laju – laju. Namun, apabila mereka terlihat sesuatu itu menarik untuk di baca, mereka akan berhenti scanning dan baca satu persatu.

Bagi iklan facebook pula, mereka akan akan berhenti scanning apabila mereka baca tajuk iklan atau lihat gambar yang menarik. Ini kerana tajuk dan gambar adalah dua perkara yang paling menonjol. Secara tidak langsung, mereka akan scanning dua perkara ini dahulu.

Apabila mereka tertarik pada tajuk atau gambar iklan, mereka akan berhenti scanning dan akan mula baca satu persatu ayat badan iklan. Jika ayat di badan iklan anda adalah menarik bagi mereka, mereka pasti akan klik iklan anda. Jika tidak menarik, mereka akan terus membaca perkara lain.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Sebab itulah anda perlu menuli ayat badan iklan yang berkualiti tinggi kerana ia adalah antara faktor yang menyebabkan iklan anda akan di klik pengguna facebook. Berikut adalah teknik untuk menulis badan (ad body) iklan facebook yang berkualiti tinggi

 Pertama, anda perlu tahu bahawa anda hanya boleh gunakan ruang sebanyak 135 karakter untuk menulis ayat badan iklan.  Kedua, anda bahagikan ayat iklan pada dua bahagian iaitu ayat kelebihan produk dan ayat tindakan.  Ayat kelebihan produk bermaksud, ayat tersebut memberitahu kebaikan bagi produk anda.  Ayat tindakan pula bermaksud ayat yang berupaya memikat pembaca iklan untuk melakukan tindakan iaitu klik iklan.  Contoh bagi ayat iklan yang baik adalah:Tajuk iklan : Baju Murah Badan iklan : Pelbagai fesyen, saiz dan berkualiti tinggi. Beli sekarang.  Apabila anda run kempen pengiklanan anda dan lihat jika hanya sedikit sahaja yang klik, anda perlu review kembali ayat iklan anda. Anda cuba ubah dan lihat perkembangan klik untuk masa seterusnya.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Panduan Memilih Gambar Untuk Iklan Facebook Anda

Selain tajuk iklan, gambar iklan juga memainkan peranan yang penting untuk menonjolkan iklan facebook anda. Ini kerana gambar adalah komponen pengiklanan yang di nilai pengguna facebook. Jika gambar yang anda upload adalah tidak menarik, mereka tidak akan tertarik pada iklan anda walaupun tajuk iklan anda agak menarik.

Gambar iklan juga memainkan peranan yang sangat penting di mana ia boleh meningkatkan kredibiliti iklan anda. Iklan yang tiada gambar akan di anggap iklan yang main – main manakala iklan yang di sertakan gambar yang tidak berkualiti di anggap sebagai iklan yang menipu atau tidak serius.

Antara ciri – ciri gambar iklan yang boleh meningkatkan kredibiliti iklan anda adalah: Gambar yang di pilih adalah berkaitan dengan tajuk iklan. Jika tajuk iklan anda adalah ‘Kasut Bola’ , anda jangan pilih gambar kasut sekolah sebagai gambar iklan. Gambar yang tiada kaitan dengan tajuk akan merendahkan kredibiliti iklan anda. Anda perlu pikat pengguna facebook supaya percaya bahawa iklan anda adalah iklan yang benar dan serius.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

 Gambar yang di pilih perlu ada kualiti iaitu jelas dan tidak samar – samar. Anda perlu pilih gambar yang ada kualiti dari segi kejelasan dan terang. Jika gambar yang anda pilih adalah tidak bermutu, pengguna facebook akan abaikan gambar anda. Maksud gambar yang bermutu adalah gambar itu boleh di fahami dengan sekali lihat sahaja. Apabila gambar yang anda pilih adalah bermutu, pengguna facebook lebih mempercayai iklan anda.

Apabila gambar yang anda pilih menepati kedua – dua perkara di atas, gambar tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi. Selain itu, anda perlu faham gambar yang anda pilih sebenarnya mewakili seluruh isi iklan anda. Jadi, anda pilihlah gambar yang boleh menceritakan isi iklan anda. Gambar yang paling bagus adalah apabila pengguna terlihat gambar tersebut, dia terus faham apa yang anda iklankan. Ambil masa untuk pilih gambar anda. Fahami apa yang anda ingin iklankan dan pilih gambar yang terang, jelas dan berkaitan dengan iklan.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Panduan Mencipta Kempen Pengiklanan Yang Berjaya Langkah pertama : Tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosi Tentukan dengan jelas apa yang anda ingin promosikan melalui facebook Ads. Adakah anda ingin promosi laman web anda atau emel list anda atau fanpage anda atau produk affiliate ? Anda perlu tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosikan. Apabila anda tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosikan, anda boleh tentukan strategi yang terbaik untuk gunakan facebook Ads. Facebook ads bukan percuma.Jadi, anda perlu ada strategi yang jelas.

Langkah kedua : Tentukan target pengiklanan anda Di facebook ads, anda boleh tentukan siapa yang akan melihat iklan anda. Secara tidak langsung, anda boleh iklankan sesuatu pada orang yang tepat. Anda boleh tetapkan siapa yang akan lihat iklan anda berdasarkan: Lokasi, Jenis bahasa, tahap pelajaran dan kerja.  Umur, jantina, hari jadi dan status perhubungan.  Like dan Minat Berdasarkan perkara yang anda ingin promosi, anda tentukan siapa yang akan lihat iklan anda.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Langkah ketiga : Anda Reka Iklan yang menarik Sekarang, anda reka iklan yang terbaik untuk anda gunakan di facebook Ads. Caranya adalah: Anda tulis tajuk yang boleh perhatian untuk di klik.  Anda tulis ayat yang bersifat memujuk di bahagian badan supaya mereka yang ternampak iklan tersebut rasa rugi jika tidak klik iklan anda.  Anda gunakan gambar atau imej yang sesuai dengan tajuk pengiklanan anda. Anda wajib upload gambar supaya iklan anda kelihatan lebih menarik.

Langkah keempat : Tentukan bajet pengiklanan anda Di facebook anda boleh tentukan untuk guna jenis pengiklanan bersifat cost per click atau cost per impression. Cost per click bermakna anda perlu bayar setiap kali iklan anda di click manakala cost per impression bermakna anda perlu bayar setiap 1000 kali iklan anda di paparkan. Anda bebas untuk pilih jenis iklan yang anda suka. Kemudian, anda tentukan bajet harian. Bajet harian penting untuk pastikan iklan anda tidak melepasi had yang sepatutnya. Semasa biadaan bagi harga iklan,anda bida harga yang tinggi sedikit dari harga cadangan. Dari semasa ke semasa, anda boleh periksa harga cadangan. Jika harganya rendah, anda boleh rendahkan harga bidaan.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Langkah kelima : Review dan Perbaiki Review prestasi pengiklanan anda dan perbaiki yang mana patut. Jika prestasi pengiklanan anda adalah teruk, anda tidak boleh biarkan sahaja. Anda perlu baiki dan gunakan kaedah lain.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Tip Hasilkan Iklan Facebook Yang Berkualiti Tinggi

Berikut adalah beberapa tip untuk hasilkan iklan facebook yang berkualiti tinggi.  Pastikan iklan anda mematahui peraturan yang telah di tetapkan pihak facebook seperti tidak boleh iklankan perkhidmatan seks, tidak gunakan bahasa kasar, tidak gunakan bahasa bersifat perkauman atau bahasa yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

 Tajuk iklan yang anda pilih mewakili apa yang anda ingin promosikan. Jangan guna tajuk iklan yang berbentuk gimik kerana pengguna facebook tidak sukakannya.

 Berikut adalah cara untuk tulis badan iklan yang berkualiti tinggi

 Masukkan ayat call to action atau ayat memujuk pada tindakan. Contohnya, like sekarang, order di sini, tempah sekarang, beli sekarang, cepat bertindak dan sebagainya.  Highligt perkara utama yang anda ingin promosikan. Contohnya anda ingin promosikan diskaun bagi produk anda, anda tulis ‘Diskaun sehingga 20 %’.  Gunakan bahasa yang mudah di fahami, ringkas dan tepat.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

 Gunakan imej iklan yang mewakili iklan anda. Jangan gunakan logo syarikat untuk promosikan produk syarikat anda kerana pengguna facebook tidak faham apa yang anda cuba iklankan jika gambar tidak selari dengan isi iklan.

 Pastikan destination url anda adalah ada kaitan dengan isi iklan anda.

 Berikut adalah tip menetapkan target audience.

 Pilih lokasi yang tepat untuk iklan anda.  Fahami dan kenali pelanggan anda dan gunakan kemudahan demographic untuk kecilkan saiz pengguna facebook yang akan melihat iklan anda.  Pilih perkara yang prospek anda mungkin minat bukannya perkara yang mungkin di cari prospek.

 Gunakan maklumat di ads manager untuk baiki iklan anda dan seterusnya menghasilkan iklan yang berkualiti tinggi. Iklan yang berkualiti bermakna anda hanya perlu laburkan sedikit wang sahaja untuk dapat hasil yang memberangsangkan.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

Ciri–Ciri Iklan Facebook Yang Baik  Tajuk iklan adalah tepat ia mewakili apa yang anda iklankan. Maksudnya, tajuk anda menyatakan dengan tepat apa yang anda promosikan. Namun, jika anda promosi fanpage, tajuk bagi iklan anda adalah nama bagi fanpage tersebut.  Badan iklan anda mewakli apa yang anda tawarkan.

Contohnya ‘ Stok terbaru tudung 2012. Beli di sini’.

Maknanya, badan iklan anda perlu menyatakan dengan jelas apa yang anda tawarkan. Kemudian ada ayat take action di situ. Berdasarkan contoh yang saya beri, ayat ‘stok terbaru tudung 2012 ‘bermakna anda menjual tudung dan ia adalah design terbaru. Ayat ‘ beli di ini ‘ pula bermaksud, mengajak pengguna facebook untuk membeli tudung.  Gambar iklan yang di gunakan adalah jelas, senang untuk di fahami dan ada kaitan dengan iklan yang anda tawarkan. Senang cerita, gambar yang di pilih membantu iklan anda untuk lebih menonjol bukannya merosakkan iklan anda.  Memilih audience setepat mungkin dan tidak terlalu umum. Untuk pengetahuan anda, anda boleh cipta seberapa banyak kempen pengiklanan yang anda mahu. Jadi, anda target audience setepat yang mungkin dengan memilih demografik, lokasi dan interest dengan tepat.

@ Hak Cipta Terpelihara

Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

 Iklan facebook anda mempunyai matlamat yang jelas. Anda perlu tahu dengan jelas kenapa iklan facebook itu anda cipta. Apabila anda ada matlamat,anda lebih senang untuk cipta iklan yang lebih berkualiti di masa akan datang. Maksudnya apabila anda buat review tentang prestasi pengiklanan anda, anda akan tahu apa yang hendak di perbaiki berdasarkan matlamat yang anda telah tetapkan.  Iklan anda nampak professional iaitu tidak meleret, tepat, jelas, senang di fahami dan padat.  Iklan anda mempunyai kadar nilai clik yang tinggi dan semakin hari bilangan klik tersebut tetap konsisten dan meningkat.  Perniagaan anda mula berkembang dengan baik hasil daripada pengiklan di facebook.  Keuntungan yang anda peroleh adalah lebih banyak dari modal yang anda laburkn untuk pengiklanan facebook.

@ Hak Cipta Terpelihara

View more...

Comments

Copyright � 2017 NANOPDF Inc.
SUPPORT NANOPDF